Tiada keperluan lagi untuk memanggil Sidang Parlimen dalam tempoh proklamasi darurat, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.<br />Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa negara sebelum menasihati Yang Di-Pertuan Agong.<br />Perkara tersebut turut termaktub dalam sekysen 14 (1) ordinan darurat (kuasa-kuasa perlu) termasuk untuk prorog Parlimen.